Thursday, November 15, 2012

Ciri Lelaki Idaman Wanita

Ketampanan atau kemachoan seorang lelaki itu bukan lah semata-mata ciri penting yang idamkan oleh wanita. Terdapat banyak lagi kriteria kriteria penting selain tampan yang perlu ada pada seseorang lelaki untuk benar benar menarik hati wanita. 

Mungkin tidak semua yang diperkatakan disini, tetapi ini adalah sebahagian disataranya;

1) Kebersihan Diri 
Walaupun anda dilahirkan dengan wajah yang tampan tetapi sekiranya anda tidak menjaga kebersihan diri seperti mengunakan pakian yang kotor, rambut tidak terjaga dan berbau,, selekeh dan sebagainya. Dan ketahuilah bahawa wanita sangat sensitif engan bau badan dan bau mulut.

2) Mempunyai 'Style'
Anda tidak perlu meniru gaya bintang sukan seperti David Beckham, gaya pelakon seperti Tom Cruise mahupun gaya penyanyi kacak seperti Anuar Zain menarik perhatian wanita. Percaya dengan gaya anda yang tersendiri. pasti anda akan ada peminat yang tertentu. Namun pengekalan gaya itu hendaklah juga mendapat pandangan bebas daripada masyarakat agar gaya yang anda pertahankan itu tidak bertentangan dengan budaya, tidak disukai ramai atau membuatkan anda dianggap gila. 

3) Ada sikap Humor
Sifat ini sebenarnya yang paling menambat hati wanita. yalah... siapa yang hendak berkahwin kemudian hidup bersama dalam keadaan boring tanpa gelak tawa. Setiap wanita pasti telah membayangkan bahawa mereka akan bergelak ketawa dengan lelaki idalaman mereka dan untuk tujuan itu lelaki haruslah mempunyai sifat humor dalam diri. 

4) Bersikap Prihatin
Disamping sifat lawak dan lucu. Anda perlu juga prihatin atau mengambil berat kepada wanita. Wanita adalah golongan yang lemah (walaupun sekarang menuntut agar duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi). Dalam hal perhatian dan layanan mereka tetap menggunakan alasan mereka lemah untuk dipimpin dan diberi perhatian. Pelik kan? namun itulah hakikatnya wanita. Namun, janganlah pula keterlaluan dalam menunjukkan perhatian anda ketika sedang bercinta. Kera hakikat hidup telah membuktikan, di saat hidup anda semakin kehadapan, anda semakin kehilangan masa untuk terlalu menumpukan perhtian kepada wanita. dan ini akan menjadi alasan utk sesuatu yang kurang baik.

5) Selalu Senyum
Senyuman adalah ‘make up’ terbaik bagi seseorang lelaki. Sejuk je setiap mata wanita yang memandang. Walaupun tak tampan tetapi anda akan kelihatan manis jika senyum. Senyum itu sedekah kan. Wanita pun lebih berani mendekati anda dari yang hensem tapi muka nak masam jer 24jam.

6) Bersikap ‘cool’
Lelaki yang cool ataupun tenang ini juga antara salah satu sifat yang disukai wanita. Tenang itu hakikatnya melambangkan kematangan seseorang lelaki. Jangan sampai perempuan pula yang tenang tetapi anda yang teruk menggelabah terutamanya dalam keadaan yang terdesak. Lelaki yang cool adalah lelaki yang dapat menghadapi segala masalah dengan tenang dan menyelesaikannya perlahan-lahan tanpa perasaan kelam kabut.

7.) Ingat Allah
Kunci kepada semua yang tercatat di atas adalah lelaki hebat adalah lelaki yang ingat kepada Allah. Harus diingat, kebayakan alasan perceraian yang dituntut oleh wanita adalah berteraskan alasan ini dan ini jelas menunjukan bahawa wanita tidak suka kepada lelaki yang tidak ingat Allah.

Harap Maklum

Oleh : Pemikir (www.suarapemikir.com)
Gambar : Google Imej

4 comments:

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks