Wednesday, November 21, 2012

Blogger Denaihati Singgah Di Suara Pemikir

1. Assalamualaikum... Biarlah Pemikir mulakan dengan perasaan syukur dan bangga (tidaklah melampau kan) atas satu keadaan yang berlaku kepada blog suara Pemikir yang tidak diduga hari ini (21.11.2012).

2. Perkara yang Pemikir maksudkan ialah kunjungan oleh blogger terkenal Malaysia iaitu denaihati.com. Siapa yang tidak kenal blog Denaihati. sebagaimana yang dapat anda saksikan di sudut kanan pada gambar di atas. Denaihati.com adalah pemenang Best Of The Best Blog Of The Year dan itu cukup untuk menggambarkan reputasi blog ini. Oleh itu Pemikir tidak pernah menyangka akan kunjungan Blogger denaihati walaupun meninggalkan 'jejak' yang ringkas. Itu sudah cukup menjadi 'penghargaan' kepada blog Suara Pemikir yang tentunya tidak seberapa dan masih mentah dalam dunia blog. Maklumlah blogger sehebat ini pasti sibuk dengan para peminat diblognya yang berubu ribu orang. Pemikir merasakan Pemikir hanya bernasib baik dikalangan ribuan itu.


3. Pemikir dengan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada blogger denaihati atas kunjungan ke blog suara pemikir walaupun itu hanyalah sekadar membalas kunjungan. InsyaAllah, di suatu hari nanti Pemikir mendambakan untuk bekerjasama dengan blogger denaihati walaupun dalam perkara yang sangat 'kecil'. Mungkin juga para blogger lain turut mempunyai idaman yang sama. Sama samalah kita berusaha.

4. Sebelum ini blog Suara Pemikir juga pernah dikunjungi oleh blogger glamour seperti ciktom.com (www.ciktom.com) yang memiliki blog yang mempunyai ranking alexa yang sangat baik berbanding pemikir. Beberapa blogger lain yang jauh lebih terkenal berbanding pemikir juga pernah singgah. Pemikir akan menulis satu entry khas sebagai penghargaan kepada mereka ini.

5. Pun begitu Pemikir masih 'bermimpi' akan kunjungan blogger seperti Ben Ashaari, Cik Epal, Anis Zulaikha, Beautifulnara, Red Mummy dan kalau dimakbulkan Allah, Pemikir menantikan kunjungan pemilik Blog 1Malaysia dan Chedet.co.cc. hehehe

6. Semoga blog suara Pemikir akan terus maju dan mampu bersaing dengan blog blog popular pada suat hari nanti. April 2013 iaitu setelah genap usia blog ini setahun, menjadi sasaran Pemikir untuk melakukan satu perubahan besar kepada blog Suara Pemikir ini. Oleh itu, Pemikir turut memohon doa para pembaca sekalian agar ianya menjadi kenyataan.

7. Harap Maklum

Oleh : Pemikir

9 comments:

  1. Amboi amboi pemikir. gembira sakan. anyway. bukan senang nak dapat kunjungan blogger otai seperti denaihati. Tahniah

    ReplyDelete
  2. M balas kunjungan & follow sini..M blogger x femes.hu hu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas kesudian. M akan tiba masanya.

      Delete
  3. Blogger DenaiHati seorang merendah diri. Saya pernah berjumpa beliau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang kita harapkan pada mereka yang telah bergelar selebriti di alam maya ini. Tapi kunjungan akubiomed ini juga agak mengejutkan. Terima ksih atas kesudian singgah di sini.

      Delete
  4. Replies
    1. Terima kasih santai leeza. Nampaknya saya seorang yang bertuah dan bernasib baik.

      Delete
  5. Tahniah, semoga kunjungan beliau akan menambahkan rencah dalam blog Pemikir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang pemikir diharapkan Nisah Mat Noh. Kena usaha lebih sikit la.

      Delete

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks