Friday, November 30, 2012

4 Kali 'Ditegur' Laluan KEMATIAN

Jenazah Yang Pemikir Ceritakan
1. Assalamualaikum.. Di hari Jumaat yang mulai ini ingin Pemikir memulakan bicara ini dengan Memohon kemaafan kepada semua seandainya ada salah dan silap.

2. Pada mulanya Pemikir hendak bercerita menganai 'Mengenali Masjid UPM' sebagaimana yang selalu Pemikir lakukan terhadap Masjid masjid yang berlainan. Namun pada bicara kali ini Pemikir ingin berkongsi sedikit pengalaman pertama seumpamanya dalam hidup berlaku ketika solat Jumaat pada 30.11.2012 di Masjid UPM.

3. Sebagaimana tajuk di atas. Pasti and tertanya tanya apa yang sebanarnya berlaku.? Pemikir memanjatkan syukur kepada Allah dengan teguran dan peringatan ini dan ianya sungguh menginsafkan, bukan sahaja pemikir tetapi Pemikir yakin ramai juga jemaah yang ada. 

4. Satu kematian telah berlaku di sekitars Serdang dan jenazahnya diuruskan di Masjid UPM.  Pemikir tidaklah kenal malah tidak juga bertanya siap gerangannya. Teguran Pertama; Ketika Pemikir sampai di masjid yang mana agak awal, Pemikir terus menuju ke ruangan wuduk di bahagian tepi dalam masjid UPM. Pemikir terkejut dengan jumlah khalayak dalam ruangan wuduk tersebut dan akhirnya Pemikir sedar mereka sedang menguruskan jenazah.

5. Teguran Kedua : Setelah sahaja selesai melakukan sunat Tahhiyatul Masjid, Pemikir membuka Galaxy Note 2 dan terus membaca i-Quran dan tidak semena mena jenazah tadi benar benar diletakkan dihadapan Pemikir (Gambar di atas) menyebabkan Pemikir terpaksa berganjak dan terus meneruskan aktiviti Pemikir. 

6. Teguran Ketiga : Selesai sahaja solat Jumaat berjemaah Pemikir terasa ingin terus hendak bangun dan menunaikan solat sunat. Tiba tiba bahu Pemikir ditepuk dari belakang "Maaf encik, Jenazah nak lalu" Ucap seorang lelaki separuh usia. Pemikir berganjak sekali lagi. Alhamdulillah, Sambil mengiringi Jenazah kebahagian hadapan masjid, Pemikir sempat solat jenazah bersama makmum yang lain yang jumlahnya agak ramai.

7. Setelah selesai smuanya, di saat pemikir keluar dari Masjid UPM. Satu lagi perkara yang jarang berlaku terjadi. Van Jenazah yang selalunya ditempatkan dibahagian Pintu utama kini berada di bahagian tepi Masjid yang sempit jalannya. Taklah pelik sangat kan... Tetapi agak Pelik pada Pemikir, kerana selipar Pemikir benar benar berada dibahagian belakang Van jenazah yang terbuka Luas.

8. Fuhhhh... Insaf sungguh Pemikir dan banyak berfikir. Dan dalam perjalanan pulang ke Makmal, pemikir tidak putus putus beristighfar...  Semoga Allah mengampuni segala dosa pemikir serta menerima taubat yang dilakukan.

                        
9. Apa pun, untuk meneruskan niat, biarlah pemikir sertakan gambar gambar di Masjid UPM buat tatapan mereka yang belum pernah ke sini. (Sila Klik Di Sini)

Oleh : pemikir
www.suarapemikir.com

3 comments:

  1. saya pun terasa seperti pemikir rasakan, saya faham

    ReplyDelete
  2. kalau saye kene cmtu pon saye rase pelik,,mgkin sbagai peringatan kpd kite semua tntang kematian

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks