Sunday, November 4, 2012

Menonton 007 SKYFALL- James BOND Di TGV


Pada hari Sabtu lepas berkesempatan menonton cerita ini di TGV Cinema, The Mines.
Masuk wayang dengan penuh penonton yang lebih separuh darinya adalah kanak kanak sekitar darjah 1-3 rasanya. Permulaan cerita menayangkan sedikit aksi 'panas' menyebabkan budak budak tersebut menjerit beramai ramai. Terfikir juga kenapa cikgu mereka bawa budak budak ini menonton cerita sebegini sedangkan filem ini dikategorikan untuk tontonan golongan dewasa dan telah sedia maklum sinonim dengan wanita dan jelaka 'seksi' sebagai tarika utama.

Apa pun. Cerita 007 tidak pernah mengecewakan, cuma yang lebih menarik pada siri kali ini adalah selitan adegan lawak yang sangat bersahaja dan berkesan walaupun sekadar selitan.
Aksi...? Memang menjadi identiti cerita Bond dan tidak mengecewakan. Cuma yang sedikit mengecewakan couple sebelah Pemikir asyik bersin sejak mula tayangan sampai habis cerita. Nasiblah kan..
Bond... James Bond...

SKYFALL Trailer 2012 - James Bond 007 Movie - Official [HD]

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks