Monday, October 22, 2012

Zulfahmi Elak Semburan Arak...


1. Tahniah atas KEJAYAAN BERSEJARAH dalam arena sukan Malaysia yang dilakar oleh anak muda Malaysia Zulfahmi Khairuddin yang menduduki tempat kedua perlumbaan motor3 di Litar sepang. Berikut adalah sedutan Berita;

SEPANG: Pelumba Jerman Sandro Cortese dari pasukan Red Bull KTM Ajo merangkul kejuaraan Moto3 selepas mencatatkan masa terpantas 40 minit 54.123 dalam perlumbaan 18 pusingan Grand Prix Motosikal Malaysia. Di tempat kedua ialah pelumba Malaysia, Zulfahmi Khairuddin dari pasukan AirAsia-SIC-Ajo dengan masa 40'54.151s, manakala penunggang Jerman Jonas Folger dari Mapfre Aspar Team Moto3 di tempat ketiga dengan masa 40'54.370s. - BERNAMA 
2. Namun bukanlah itu yang ingin Pemikir ingin bicarakan memandangkan semua saluran berita saluran perdana telah melaporkannya, malah laporan mereka tentunya lebih tepat dan padat. Pemikir lebih tertarik membicarakan akan perlakuakn Zulfahmi dalam Vide di atas. Beliau awal awal lagi melarikan diri dari acara semburan arak. Tahniah Sekali lagi anak muda atas tindakan tersebut.

3. Terdetik difikiran Pemikir, yang berfikir seketika selepas menonton video tersebut. Apakah tiada alternatif lain selain arak yang digunakan untuk acara ini. Apatah  lagi acara ini dilakukan di Negara Islam Seperti Malaysia. Kalau negara barat sampai boleh mengharamkan tudung yang menjadi perkara wajib agama. Kenapa tidak pada perkara remeh sebagini.

4. Pemikir merasakan pihak penganjur perlu memikirkan sesuatu berkaitan hal ini. Semoga Zulfahmi terus maju dan mereka yang terlibat bersedia dengan 'alternatif' seandainya Zulfahmi kembali ke Litar Sepang Malaysia tahun hadapan dan berkemungkinan Manjadi Juara. Mungkin masa itu terlalu janggal untuk meninggalkan podium.

5. Harap Maklum


Oleh : Pemikir

1 comment:

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks