Tuesday, October 23, 2012

Tips Dan Panduan Buat Duit Dengan Blog

1. Buat Duit Melalui Syarikat Pengiklanan

Kaedah yang ini adalah kedah 'buat duit' yang paling popular dikangan blogger. Bolehlah dikatakan kedah paling 'Glamour' lah kan. Terdapat pelbagai jenis syarikat pengiklanan yang boleh disertai , antaranya ialah Nuffnang (syarikat yang Suara Pemikir sedang gunakan), Innity, 701 panduan, google adsense (Dulu Pemikir guna ini, tapi dah kena Banded tak tahu kenapa), Adverlets (ramai cakap scam), Vitvertiser dan sebagainya. Semua ini bolehlah dikatakan sebagai sumber duit online anda.  Setakat ini blog Suara Pemiki pernah join AdSense, Nuffnang dan Adverlets. Innity dah berapa kali apply tapi kena reject. Mungkin kerana trafik blog Pemikir masih lagi rendah. Namun, Pemikir menetapkan sasaran bulan 5, 2013 sebagai tempoh masa untuk mendapatkan trafik yang 'baik'.
Bahagian Seterusnya artikel ini Pemikir pinjam dari Blog Cik Tom. Maklumlah Pemikir masih belum cukup pengalaman untuk menulis dan berkongsi cerita berkaitan hal ini. Tak mahulah Pemikir untuk menipu pembaca atau berlagak pandai. Biarlah Pemikir bawa mereka yang benar benar telah berjaya sebagai guru kepada pembaca sekalian serta diri Pemikir sendiri.

2. Buat duit melalui contest, giveaway dan lucky draw
Cik tom memang dari awal berblog suka sangat join contest. Join contest ini salah satu tips tambahan nak promosi blog dan trafik percuma dengan syarat korang antara yang first join contest tue. Terdapat pelbagai jenis hadiah dari contest, giveaways dan lucky draw. Antaranya hadiah wang tunai, voucher atau hadiah fizikal. Yang penting kena rajinkan diri untuk join contest dan patuhi segala syarat yang penganjur contest berikan. Cik tom paling suka part buat duit dari contest sebabnya mudah dan praktikal. Antara kemenangan cik tom sepanjang berblog boleh tengok kategori “menang“.
3. Buat Duit Melalui Iklan  entry @ review berbayar
Tips ini cara ketiga percubaan cik tom dalam berblog. Untuk buat duit melalui iklan entry @review berbayar ini kita kena rajin promosi kan blog pada pihak luar dan juga bijak rebut peluang. Korang kena market apa kelebihan yang ada pada blog dari segi trafik, alexa rank malaysia & global, pagerank dan lain-lain yang menarik. Untuk permulaan, korang kena rajin review produk, blog atau apa-apa sahaja. Dari sini, akan ramai yang mula berminat bila tengok hasil review yang menarik dan untuk review berbayar juga di blog korang. Juga Dari Blog Cik Tom
4. Buat duit  melalui ruang iklan
Ciktom cuba pula tawarkan pakej sewa ruang iklan di blog ciktom. Antara pakej iklan yang ditawarkan ialah iklan disidebar, dalam entry dan juga iklan text. Alhamdulillah boleh dikatakan ruang iklan ini income paling tidak putus yang cik tom perolehi setiap bulan. Untuk harga korang boleh tetapkan berdasarkan trafik blog dengan harga yang berpatutan. Jangan letak harga terlalu tinggi bimbang takde yang berminat pula kecuali memang blog korang tip top hebat. Pada yang berminat nak promosi produk dengan iklan bolehlah refer: Beriklan di blog ciktom.
5. Buat duit melalui program affiliate
Cik tom join program affiliate bermula awal tahun 2012. Alhamdulillah setakat ini blog ciktom.com berjaya buat duit melalui program affiliate yang di join. Cik tom masih belajar dan mencari ilmu affiliate. Pada yang tertanya tips affiliate boleh berguru dengan pakar affiliate seperti titan, rahmanbasri , forum wangcyber  dan rajin-rajin tanya pak cik google .
6. Buat duit dengan says
Yang ini paling latest cik tom join dalam 3 minggu yang lepas. Income says  setakat ini baru RM30. Kira oklah percubaan pertama cik tom join says walaupun ketinggalan compare dengan blogger lain. Blogger udinz  pun dah 3 kali  dapat income dari says.
Sebenarnya terdapat banyak lagi cara buat duit dengan blog ni. Cuma yang cik tom senaraikan dalam tips buat duit dengan blog kali ini yang dah cik tom cuba dan praktiskan sendiri. Dalam enam tips tue cik tom paling suka tips no. 2. hehe.. Mana-mana yang tambah cara korang dapat income bolehlah share kat komen entry tips buat duit dengan blog.
ps: Ramai blogger yang dapat duit dari blog cuma segan nak share cerita di blog. Maybe takut dikatakan menunjuk-nunjuk. Apa pun “lain padang lain belalang, lain orang lain pendapatnya”.
Sumber : CIk Tom Dot Com..
www.suarapemikir.com

5 comments:

  1. Betulke boleh buat duit dengan blog wahai Pemikir. Pemikir dapat berapa income sebulan dengan belog ni? hahahaha tak komen pasal politik dah ke?

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Harap perkongsian ini memberikan faedah. Terima kasih juga atas respond tuan

      Delete
  3. salam..
    cuba try komli
    syaratnye xde la mcm Innity..
    hehehe

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks