Friday, October 19, 2012

Suara Pemikir Semakin Mendapat Tempat

Oleh : Pemikir

Alhamdulillah...
Pemikir mulakan dengan ungkapan mulia ucapan syukur kepada Allah yang maha berkuasa. Dengan izin dan kurnia-Nya maka dengan ini Pemikir memaklumkan para pembaca sekalian bahawa Blog Suara Pemikir semakin mendapat tempat di hati pembaca di alam maya. Pertambahan bilangan pengunjung dari hari ke hari adalah bukti jelas kepada perkara ini walaupun KANDUNGAN Blog baru saha bermula Sejak akhir APRIL 2012 yang lalu. 

Pemikir berharap hal ini akan berterusan, berkeadaan dan berprestasi baik sehingga ke satu tahap yang mana Blog ini bakal menjadi antara blog paling berpengaruh di Malaysia. Dengan mengutarakan idea dan pandangan bebas, jelaslah juga kepada Pemikir semakin ramai mereka di Malaysia ingin melihat sesuatu perkara dan isu dari sudut yang lebih bebas agar pandangan dan keputusan yang dibuat seterusnya akan lebih adil dan saksama sebagaimana yang dituntut dalam ajaran Islam dan agama agama lain. Namun, blog ini tidak melupakan humor dan selitan tipok lain agar pembaca mempunyai pilihan.

Dengan bertambahnya pengikut dan pembaca blog ini, Pemikir boleh juga memberikan kesimpulan bahawa semakin ramai yang menginginkan perpaduan menyeluruh yang melampaui batasan politik kepartian yang sedikit sebanyak mengggugat keamanan dan perpaduan. Bersamalah kita berganding bahu dalam mengekalkan perpaduan malah mengukuhkan lagi ikatan perpaduan antara kaum, agama, bangsa dan negara di dunia.

Selain itu, pertambahan pengunjung dan pengikut tetap blog ini juga membolehkan pengkarya kami bekerja lebih keras dan bermotivasi manakala bagi masa depan blog ini, insentif terhadap penulis jemputan juga akan diperkenalkan setelah blog ini mencapai satu sasaran yang ditetapkan. 

Tidak lupa juga, 10 peratus pendapatan dari blog ini akan disalurkan kepada pihak yang memerlukan seperti rumah anak yatim, rumah orang orang tua dan agensi agensi lain seperti MERCY Malaysia, madrasah dan ain lain.

Setakat ini dahulu coretan Pemikir pada kali ini. Semoga Blog Ini TERUS mendapat SOKONGAN para pembaca sekalian dengan sama sama menyebarkan kewujudan blog perpaduan dan motivasi ini kepada rakan rakan sekeliling.

Terima kasih sekali lagi atas sokongan semua.

Yang benar

Pemikir
Blogger, www.suarapemikir.blogspot.com 

3 comments:

  1. Asalkan menuju kebaikan. aku sokong. lebihkan sikit hal agama tuan pemikir

    ReplyDelete
  2. Saya doakan semoga terus maju dalam menjalankan kebaikan. Hidup 1 Malaysia

    ReplyDelete
  3. Saya suka. Banyak kata kata semangat dan motivasi. teruskan. nanti saya klik iklan hahahaha

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks