Monday, October 22, 2012

Kelantan JUARA Piala Malaysia 2012 ...

TAHNIAH...
Kelantan JUARA Piala Malaysia 2012.
1. Masih belum terlambat rasanya Pemikir untuk mengucapkan Tahniah kepada The Red Warrior atau Pasukan Negeri Kelantan atas kejayaan mereka merangkul kejuaraan Piala Malaysia 2012. 

2. Malam perlawanan, Pemikir menyaksikan perlawanan yang penuh debar dengan penduduk Damai perdana, Cheras di sebuah kedai makan kecil. Apa tidaknya semua kedai makan yang ada screen besar telah penuh. Apapun, bola, punya pasal kat mana pun .. enjoyyyy...

3. Memang seronok melihat gelagat kedua dua belah penyokong, terutamanya bila saat saat serangan dilakukan. Namun, siapa sahaja yang score aku tetap enjoy. Maklumlah berkecuali dan memang nak enjoy game dan suasana.

4. Di saat inilah juga Pemikir amat senang hati melihat rakyat Malaysia untuk melupakan sekejap hal politik yang semakin memeningkan dan memecahbelahkan rakyat di Malaysia. Alahkah bagusnya lebih kerap acara sukan begini dilangsungkan. 

5. Apapun tahniah sekali lagi kepada The Red Warrior @ Kelantan kerana menjadi juara, juga tahniah kepada pasukan Tentera kerana memberikan saingan yang sangat sengit.

Oleh : Pemikir

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks