Friday, October 26, 2012

[Gempar] Hati-Hati Dengan Ustaz Kasanova Kahwin 11 Kali!

Pemikir Berkongsi artikel ini agar memberi pengajaran dan peringatan kepada semua wanita di Luar sana... Semoga memberi faedah kepada pembaca.
Semenjak dua hari lepas, kami di Wanista dikejutkan dengan berita tentang penipuan wang dan emosi yang dilakukan oleh seorang yang bergelar ustaz. Razis bin Ismail, khabarnya seorang graduan dari Azhar As-syarif, dikatakan telah berkahwin lebih dari 4 kali; ada yang kata 9, ada yang kata 10, malahan angka terbaru adalah 11 kali. Tetapi bukan setakat itu saja penipuan yang beliau lakukan, malahan ada yang melibatkan duit.

Terbongkarnya rahsia ini adalah apabila isteri beliau yang entah isteri keberapa, membuat satu akaun Facebook atas nama beliau untuk mengetahui apa lagi penipuan yang suami beliau telah lakukan. Dan dia juga ingin tahu, berapa orangkah wanita yang Ustaz Razis ini telah kahwini, dan tinggalkan begitu saja. Katanya, mengikut ajaran Syiah. Tapi kalau ikut ajaran Syiah, mengapa sebelum berkahwin dengan wanita-wanita itu, dia menipu mengatakan bahawa dia seorang yang bujang? Ustaz Razis nampaknya sangat arif dalam selok-belok pendaftaran perkahwinan di Malaysia, dia tahu yang pendaftaran perkahwinan biasanya dibuat secara manual; bukan secara berkomputer. Jadi agak payah untuk kadi atau tukang kahwin tahu jika dia benar-benar bujang ataupun telah beberapa kali berkahwin. Namun ada juga sumber yang mengatakan ustaz Razis kahwin secara sindiket.

Di bawah ini kami sediakan kenyataan serta bahan bukti penipuan yang telah dilakukan oleh Ustaz Razis. Ingin kami ingatkan di sini bahawa, artikel ini bukan menghukum Razis Ismail, tetapi lebih kepada memberi pendedahan kepada apa yang sebenarnya berlaku, dan jika ia berlaku diharap artikel ini dapat menghalang lebih ramai wanita dan sesiapa saja dari menjadi mangsa beliau.

Biodata
Nama penuh: Mohd Razis bin Ismail
IC: 821020-14-5185
Alamat Terakhir: 90-17-2, Apartment Putra Ria, Jalan Bangsar, 59200, Kuala Lumpur

Penipuan (Ringkasan – boleh rujuk lampiran laporan polis dan akhbar di bawah)
1) Berkahwin dengan ramai gadis yang kemudian ditinggalkan. Dikatakan bilangan mangsa seramai 11 orang. Ada mangsa yang mempunyai anak dan mengandung, ditinggalkan tanpa sebarang nafkah.
2) Songlap duit bayaran menunaikan umrah menggunakan nama syarikat Al-Fajr dan Zahafiz
3) Memungut derma untuk rumah anak yatim dan maahad tahfiz yang tak pernah wujud.

Kenyataan Mangsa/Kenalan Mangsa dari Facebook:
Nota: Ada yang menggunakan nama samaran.

Nur Atika Mohd Haris (isteri)
- Assalamualaikum wbt..Facebook Mohd Razis Ismail adalah FB  yang saya create sebelum isu ini didedahkan sewaktu saya masih lagi kabur tentangnya. Maksud saya waktu saya tak tahu saya ditipu. Namun sika nya menjadikan saya membuat keputusan untuk create FB atas namanya agar saya mengetahui siapa sebenarnya lelaki yang saya kahwini. Alhamdulillah, wanita tersebut yang turut mnjadi isterinya tahu tentang penipuannya melalui FB Mohd Razis Ismail tersebut. Tapi saya dah terlambat,dia sudah mnjadi mangsa dengan rasa sedih melihat wanita tersebut dan isteri-isteri yang lain dan anak-anak mereka mnjadikn saya membuka isu. Harap anda mngerti
Nota: Facebook sebenar yang digunakan oleh Mohd Razis sendiri ialah:https://www.facebook.com/profile.php?id=100004375505480

Fatonah Noordin Maaf
- Terpanggil untuk komen setelah dinasihat. Saya dirisik olehnya pada 22 September 2012, selepas 3 atau 4 hari pernikahannya terbaru pada 31 0gos 2012, selebihnya saya tak tahu sejarah silamnya.
- Saya hampir dinikahinya baru-baru ini selepas pernikahannya 31 Ogos 2012 baru-baru ini….ALLAH, tak tahu nak cakap macam mana peristiwa ni.sedih, kecewa. Mesti saya menyesal tak sudah andai tersilap langkah. Lembutnya hati wanita, mudah percaya
- Kali terakhir kami berbual, 2 minggu lepas. Katanya isterinya bagitahu yang dia tak boleh kahwin lagi,jadi mungkin ingin menyahut seruan itu, serta dia ingin hubungan yang halal, jadi ingin bernikah serta katanya lebih baik dr berpoligami.

Farisha Narawi 
- Tentang kes mencuri duit orang yang nak buat umrah menggunakan syarikat al-Fajr dan Zahafiz ni, terjadi pada saya. Pejabat Zahafiz ni ada di Shah Alam. Ada seorang wanita yang bekerja di bawah syarikat ni. Perangai lebih kurang Razis, tak silap saya perempuan tu pun kenal Razis ni. Mereka kumpul duit orang yang nak pergi menunaikan umrah, lepas tu menghilangkan diri. Akhirnya, ibu saya yang kena tanggung semua.

Ahmad Farid Dato Dahri 
- Keluarga saya juga menjadi mangsa seorang lelaki seperti manusia ini, dan masih lagi berhadapan dengan perbuatannya hingga ke hari ini, adik perempuan saya menjadi mangsa, mudah mudahan Allah SWT memeliharanya dan menempatkan mereka mereka yg dizalimi di tempat yang lebih baik nanti in shaa Allah

Mohamad Fazli Yusof
- Tahun ni sahaja beliau dah 3 kali nikah, bulan Januari dengan gadis Terengganu, bulan Mei dengan gadis dari Sarawak tapi tengah study kat Sheras, nikah kat Golok, ditinggalkan selepas seminggu, dan hujung Ogos nikah kat Kedah, ditinggalkan selepas 4 hari apabila rahsia beliau dihidu isterinya. Itu yg kami tahu, kalau ada lagi yang lain hanya Allah yg tahu. Yang saya hairan banyak tu duit beliau, bayangkan kalau nak kahwin berapa kos? Hantaran siap dengan belanja semua paling kurang RM8,000.
- Bulan lepas adik saya siasat beliau kat Kampung Baru,KL. Beliau pernah tinggal di sana dulu, pergi tanya org kampung, baru je sebut nama beliau org kampung terus maki hamun beliau, katanya beliau dah kahwin 11 kali. Org kg siap menyumpah ke dia mati nanti dlm longkang je tak ada org layan, bayangkan umur baru 30 dah kahwin 11 kali.
- Laporan sudah dibuat, kami telah periksa bulan lepas rekod polis dari Bukit Aman, memang banyak laporan polis dibuat pada beliau, antaranya kes penipuan dan penyelewengan, siap terpampang gambar beliau berkopiah.
- Beliau tak datang untuk kes mahkamah pagi ni tadi di Alor Setar. Menyusahkan mangsa dan keluarga.
- Sanggupkah kalian semua menipu pd org mengatakan yg ayah kalian gila, dan ibu kalian sakit, walhal kedua2nya ok, demi utk menipu org diluar sana utk mengelak mereka berjumpa ibubapa kalian?? Ustaz razis sanggup!!!!
- Saya rasa beliau bukan syiah, sbb setahu saya syiah tak akan solat bersama orang Sunni mcm kita, cuma saya pelik apa motif beliau sebenarnya berkahwin dgn ramai gadis? Adakah beliau ada mengamalkan apa-apa ilmu sesat yg memerlukan beliau berbuat demikian? Ini bukan tuduhan, hanya persoalan..
- Amat menyedihkan dgn Pejabat Agama Islam Kota Setar , Kedah. Ketika beliau bernikah pd 31 Ogos lalu, mendaftar di sini, beliau berjaya memalsukan maklumat mengatakan BUJANG walhal sudah banyak kali nikah sblm ni, amat terkilan, seperti ada satu korupsi dlm pej agama ni, sehinggakan mangsa ( isteri beliau) tertipu ingatkan masih bujang.

Dato’ Siti Nurul Halizah 
- Ada komen diatas tanya saya mana dapat bukti? Saya dah bagi nama penuh, nombor kad pengenalan dan alamat keluarga Razis. kalau tak pecaya sila periksa sendiri di balai polis Bukit Aman, penjara dan syarikat travel yg saya bagitau kat atas. kalau tak nak percaya terpulanglah tapi saya cuma nasihatkan agar semua berhati-hati dan berprasangka baik  kepada mangsa-mangsa. Jika terkena pada diri sendiri baru anda tahu betapa hebatnya Razis menipu tanpa ada sebarang keraguan kepada mangsanya.
- Saya ada buat laporan di pejabat agama Alor Setar. saya tanya kenapa dia bohong status bujang dalam surat nikah tapi pejabat agama tak dapat ‘trace’. Pegawai tu kata kami daftar nikah secara manual, jadi kami tak boleh kesan statusnya. Tu pejabat agama kedah, kalau pejabat agama lain tak tau lah.

- Laporan juga dibuat di balai polis, tapi selepas mereka menyiasat, katanya kes ni bukan lagi jadi kes polis. Kena pegi mahkamah buat tuntutan cerai. Saya tak fahamlah. Mungkin polis takleh ambik tindakan pasal takda akta kot untuk penipuan status poligami
- Razis pernah tinggal di alamat ini: (1) L8-01-06 PANGSAPURI PENDEKAR, TMN TUN PERAK. (2) L2-01-03 PANGSAPURI PAHLAWAN 2, TMN TUN PERAK. (3) 17-04-01 RUMAH PANGSAPURI PUTRA BARU, JLN KLANG LAMA. Kereta yg pernah dia pakai: (1) PROTON WIRA – WJX 1304. (2) PERODUA KELISA – WKS 9535. (3) SUZUKI – WHK1519. Sesiapa yang ada maklumat tentang Razis sila pm saya sebab kami nak kutip dia untuk ke mahkamah Kuala Lumpur hujung bulan ni dan bulan depan pun dia kena ke mahkamah Alor Setar sebab tak datang ke mahkamah Alor Setar kemarin. Dan sesiapa yg ada cara macam mana nak cari dia sila pm saya. Kesian kat isteri-isteri dia yg tunggu lama kat mahkamah akhirnya batang hidung dia pun tak nampak. Terutama sekali Nur Atika yg baru lepas pantang terpaksa ke mahkamah meninggalkan anak kembar dirumah dan tunggu dari pagi sampai tengahari tapi sampai sudah si pengecut tu tak hadir.

- Bukan saya mangsanya tapi saudara sedarah sedaging saya adalah mangsanya. Bermakna tempias tu turut terkena pada saya sekeluarga sebab Razis ni telah menipu kami sekeluarga. Thanks a lot to Nur Atika sebab buat akaun FB Mohd Razis bin Ismail. Sebab FB ni la saya tahu siapa Razis sebenarnya. Setelah mangsa tahu, razis terus tinggalkan mangsa. Kami sekeluarga banyak membuat siasatan tentang dia. boleh dikatakan seluruh area KL dan Selangor kami siasat dan pelbagai kejahatan dia dapat kami bongkar dan banyak bukti bertulis kami dapat seperti laporan polis, keratan akhbar kisah kejahatan Razis dan banyak lagi.
- Razis ni boleh kawin lebih dari sorang dalam masa setahun. Yang saya tahu thn 2012 ni saja dia dah kawin 2 kali dan baru-baru ni dengarnya dia hampir nak berkawin lagi. Itu yang saya tahu, yang saya tak tahu? Mudahnya dia kahwin cerai

Irdina Ismail (isteri/bekas isteri)
- Kepada Mohd Razis bin Ismail, sila muncul jangan dok menyorok dengan janda beranak (6 opsss ada lagi dalam perot) WKJ 1075 kia rio biru. janda beranak 6 “jenawati binti jusof” cukuplah bersubahat dengan razis. Kamu boleh hidup sendiri tanpanya. dalam kubur pun kamu sorang-sorang

- Janda tu yang dia kawin tahun 2010. Kata dah bercerai tapi sekarang katanya termengandung lagi, sebelum ni anak tak boleh bin kan si razis ni sebab sijil nikah palsu. Nak cari razis senang je cari keta ria biru WKJ 1075, hari selasa lepas dia buat ceramah kat Surau Sri Melaka. Bawa janda tu dan anak yang tak leh bin kan si Raziz ni.mereka tinggal area Gombak. Penduduk Gombak sila beri perhatian sikit mana tahu jiran anda adalah beliau.

Vitamin C Collagen 
- Razis ni mmg pernah bg ceramah motivasi kem solat utk anak-anak kariah kat tmpt saya tahun lepas. Isteri saya ckp, wanita kat tempat muslimah ada offer diri berkahwin dengan dia sebab gaya dia bagi motivasi memang cair kaum perempuan. Isteri saya complain kenapa sedang berceramah, dia sempat declare lg diri dia ada 4 bini??

SyaNa Humairah Naseem 
- betul ke ustaz ni lulusan BSc Perubatan Islam Mesir, soalnya wujud ke course seperti yg didakwa tu? Saya musykil. Sepupu saya hampir terkena dgn ustaz ni, tahun lepas.tapi bila kami check2 tarikh sepupu saya terkena tu sangar hampir dgn tarikh ustaz ni bernikah. Sepupu saya tu terkena gangguanlah. Lepas tu ustaz adha ni kata dia boleh ubatkan. Sepupu akak percaya dan dah bayar banyak juga untuk perkhidmatan ustaz ni. Lepas tu berjangkit2 kononnya ustaz ni dah jatuh hati pd adik sepupu saya tu.

Suparela Tasiran 
- Asal bangsar. Biasanya ada org tengah yg kenalkan. Jadi hati-hati jika ada nak djodohkan dgn ustaz. Masa perkenalan singkat dan ajak nikah. Alasan yang diberikan biasa logik dan pandai yakinkan org. Ilmu apa dia guna pun tak tahu. Yang kena semua anak dara….

Fakhrul Anwar 
- Mohd Razis Adha 017-2940757 berada di Masjid Negeri Kota Kinabalu pada 30 Oktober 2012.

Yany Isa 
- Untuk pernikahan terbaru dia di alor setar dia ada bagi wang ‘hadiah’ pada pegawai yang menguruskan borang nikah dia. Jadi dia terlepas, dia tak perlukan surat keizinan nikah luar kariah. Dia pun tak perlu nk tunjukkan sijil kursus kawin….

IbnAziz AL Amien 
- nasib dia tak mengaku lepasan Jordan. Rasanya, ‘ustaz’ ni main petik je nama2 institusi kt mesir tu termasuk Azhar As-syarif dengan tujuan nak bagi orang hormat dan raih kepercayaan dan akui dia benar-benar seorang ‘ustaz’


Bukti dan Keratan Akhbar
Lain-lain Gambar

Razis Ismail, berbaju putih.

Razis Ismail, kiri.

Kasihan… Puteri kembar Razis Ismail
Begitu antara pernyataan, bukti dan informasi yang berjaya kami ekstrak dari beratus-ratus komen tentang beliau di Facebook. Terpulang pada diri anda untuk menilai. Nasihat kami, 
air yang tenang jangan disangka tiada buaya.
Sumber : SINI  , SINI , SINI

3 comments:

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks