Wednesday, September 19, 2012

Ranking Universiti Di Malaysia, UPM, UM, UKM, ....

Ulasan Yang diberikan oleh NC UPM berkaitan Ranking Universiti Oleh QS

Dari Facebook;

Ulasan asli saya kepada BH apabila disoal mengenai Ranking QS....

Salam,



Pegangan UPM adalah kami mengambil maklum ranking yang diterbitkan oleh QS. Kami tidak akan celebrate jika ranking bagus atau sedih kalau ranking turun kerana UPM berpegang kepada fundamentals sesebuah institusi akademik yang berwibawa. Ia berda
sarkan penanda arasan universiti terkemuka dunia. Antara aspek fundamental yang diukur dalam KPI UPM adalah penerbitan dalam jernal berimpak tinggi (diukur melalui impact factors IF), sitasi (citation) jernal berwasit (Cited index journal CIJ), attribut graduate yang dilahirkan, keboleh kerjaan graduat GE, PhD yang dilahirkan, kadar pelajar bergraduat mengikut tempoh yang ditetapkan (Graduate on time GOT) pelajar cemerlang yang memilih UPM, Employer satisfaction index dan sebagainya. Ini amat berbeza dengan kriteria QS yang merujuk kepada survey persepsi, nisbah pelajar pensyarah, % pelajar antarabangsa, % staf antarabangsa dan penerbitan. Hanya penerbitan sahaja yang mempunyai persamaan diantara aspek fundamental yang diamalkan oleh universiti bereputasi dunia dan kriteriua yang digunakan oleh QS.


Untuk makluman, penerbitan dalam CIJ menggambarkan volume penerbitan berwasit, IF menggambarkan kualiti penerbitan tersebut dan Citation menerangkan sejauhmana ianya membawa manfaat kepada penyelidik lain. QS mengguna citation dalam scorpus yang saya kira munasabah. 


Namun sejak dahulu lagi (sejak saya di KPT lagi) isu kesahihan data masih belum dapat selesai QS mengambil pendirian dan pendekatan yang ianya tidak perlu diverifikasi. Dalam masa yang sama juga QS tidak mendedahkan sumber data dan data sebenar yang mereka guna bagi kategori yang ditentukan demi kepantingan perniagaan mereka. Oleh itu ketepatan data boleh dipersoalkan dan ini menyebabkan USM menyaman QS bebrapa tahun yang lalu kerana tidak menggunakan data yang tepat dari USM. Oleh itu dua universiti di Malaysia ia itu USM dan UPM secara terang mempersoalkan kesahihan dan keboleh percayaan kaedah dan methodologi QS dan QS sebagai syarikat berteraskan perniagaan terus mengambil pendekatan yang sama demi menjaga model perniagaan dan keuntungan syarikat mereka.


Saya sertakan data sebenar Citation 5 RU di Malaysia yang dipetik dari database scorpus. Cuba perhatikan kenapa markah UPM rendah dari sepatutnya sedangkan ia diambil dari data scorpus. Juga kita sedia maklum nisbah pelajar bagi semua RU hampir sama, bagitu juga penyarah antarabangsa juga hampir sama. Namun cuba lihat bagaimana setengah RU mempunyai markah mendadak bagi contoh international faculti (85.8 markah) berbanding yang lain dalam lingkungan 20. Saya difahamkan ianya berdasarkan definasi penghantar maklumat sendiri (tanpa verifikasi ditapak) yang mana pensyarah tempatan tetapi memperolehi ijazah antarabangsa dikategorikan sebagai pensyarah antarabangsa. Juga cuba semak siapa yang melahirkan PhD tertinggi tahun lepas. UPM 369, UM 313 dan yang lainnya dalam lingkungan 200. Darpada bilangan tersebut hampir 50% tempatan dan 50% antarabangsa. Namun lihatlah score yang diberi. Jadi adakah perlu taasub pada keputusan ranking mereka ini? Itu sebab UPM hanya take note saja.


Saya tidak complain dan tidak akan complain tetapi hanya menyatakan ketepatan data dan methodologi yang digunakan oleh QS boleh dipersoalkan. Jadi pendirian UPM adalah jelas seperti berikut:


UPM amabil maklum dengan ranking yang diterbitkan. UPM tidak akan celebrate jika rankingnya baik atau kecewa jika sebaliknya kerana kriteria yang digunakan oleh QS sebenarnya tidak membawa kepada pembangunan pendidikan negara. Kesahihan data dan methodologi yang digunakan amat diragui dan hasilnya juga boleh diragui. UPM akan terus menumpukan kepada aspek fundamental sesebuah universiti terkemuka dunia melalui penanda arasan dengan universi terbaik dunia khususnya dalam kualiti graduan yang dilahirkan, attribute mereka sebagai seorang graduan yang berfungsi (functional graduates), keboleh kerjaaan mereka, kepuasan majikan terhadap kebolehan mereka, penerbitan yang bermutu tinggi (melalui IF), penerbitan yang mambawa manfaat dan meyokong kesarjanaan (Citation), PhD yang dilahirkan untuk memacu agenda inovasi negara melaui MyBrain15, penyelidikan yang berimpak tinggi dalam membawa manfaat kepada negara seperti sistem penyampaian kerajaan, polisi dan dasar kerajaan, piawaian tempatan dan antarabangsa dan penyelidikan yang membawa kepada kesajahteraan manusia sejagat.


Terima kasih

2 comments:

  1. Hebat jawapan Prof.
    jangan diperalatkan oleh ranking company yang sedang mengaut keuntungan di luar sana.

    ReplyDelete
  2. saya sekeluarga mengucapkan terima kasih banyak yang sekian kalinya kepada mbah wirang karna nomor togel MALAYSIA yang mbah berikan 4D yaitu..7061..alhamdulillah ternyata tembus lagi ,saya tidak tau harus berbuat apa untuk membalas kebaikan mbah wirang karna beliau sudah banyak membantu kami sekeluarga dengan angka2 ghoibnya dan telah merubah kehidupan saya jauh lebih layak dari pada sebelumnya,berkat mbah wirang kami sudah punya rumah sendiri dan juga punya usaha sendiri , dan sudah punya tabungan di BANK sudah begitu banyak. Peramal lain yang saya mintai angka jitu tidak ada satupun yang tembus malahan saya terlilit hutang yang lumayan cukup banyak,dan Akhirnya saya mendapatkan peramal togel yang asli saya akui kalau mbah wirang memang peramal jitu dan pantas di ajungkan jempol,jika anda ingin merubah nasib anda dengan angka ghoib yang di jamin 100% jebol,hubungi mbah wirang di nomor : 082346667564/+6282346667564 jangan di sms soalnya maklum orang tua tak bisa ,angka yang di berikan mbah wirang jangan di ragukan lagi soalnya saya sudah membuktikannya sendiri,angka ghoib yang mbah wirang berikan mulai dari 2d,3d,4d semuanya tembus 100% , sudah 3 kali putaran saya menang Dan tidak pernah meleset , dan hanya mbah wirang yang bisa menjamin 100% kemenangan,sekarang giliran anda membuktikannya sendiri, INI ASLI, BUKAN REKAYASAH !!! …. Kembali saya sampaikan kepada anda semua jika anda butuh angka togel jitu 2d 3d 4d untuk putaran
    SINGAPURE HONGKONG MALAYSIA THAILAND SIDNEY MACAU silahkan bergabung jadi anggota memeber di MBAH WIRANG insya allah anda akan merasakan kemenangan.. jangan sia-siakan kesempatan anda..



    Salam succes all


    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks