Tuesday, May 8, 2012

Pemungut Derma Sekolah Tahfiz dan Masjid...

Oleh : Pemikir

Antara Kawasan Yang Menjadi Pilihan
1. Sebentar tadi pemikir didatangai lagi oleh mereka yang memohon derma untuk Sekolah Tahfiz katanya. Tidak kurang juga yang datang untuk membina masjid katanya. Pemikir rasa anda semua pun pernah mengalami situasi seperti ini.

2. Pemikir terfikir sebentar. Kalau lah benar mereka yang berstatus pelajar (kanak-kanak sekolah rendah) ini disuruh untuk memungut derma pembinaan masjid. Pertamanya, Kenapa di waktu belajar (persekolahan). Yang keduanya, apakah benar Malaysia Ini masih kekurangan masjid. 

3. Logik Akal tidak boleh menerima bahawa negara Malaysia ini masih kekurangan masjid. Dalam perjalanan aku pergi ketempat kerja sahaja aku merentasi 3 buah masjid dan lebih dari lima buah surau. Ini membuatkan Pemikir cuba mencari jawapan sebenar. Malah dinegeri yang penduduknya majoriti bukan Islam seperti Sarawak pun Masjid masih boleh di temui dengan mudah.

4. Berkaitan dengan sekolah tahfiz. Saya kurang arif dengan waktu belajar 'budak-budak' ini. Setiap kali alasan ini digunakan saya akan menjemput mereka masuk ke bilik pejabat atau kalau di luar biasanya saya akan ajak minum (walaupun mereka kata mereka tidak dibenarkan minum). Namun, kebelakangan ini operasi mereka banyak di stesen minyak.

5. Mereka yang meminta derma ini biasanya ada yang pada darjah 6 (apabila ditanya) sekolah tahfiz tidak kurang juga yang sudah berada di sekolah menengah. Aku biasanya menyuruh mereka membaca ayat yang pemikir ingatlah setelah diajak ke pejabat atau diajak minum. PERSOALAN yang timbul, mereka ini tidak boleh pun membaca sebagaimana sepatutnya pelajar pelajar sekolah tahfiz... Malah ramai diantara mereka akan terus beredar kalau disuruh berbuat demikian... bukan dengan berjalan tetapi berlari...

6. Bukanlah kita mahu mempermainkan mereka. Tetapi perbuatan mereka ini tidak mengira bangsa dan agama dan telah terbukti memberikan imej yang kurang elok kepada Islam.

6. Kes terbaharu yang aku jumpa. Dia mengaku sebagai Guru sekarela di sekolah tahfiz. Terkejut juga dengan jawapan tersebut namun pemikir cuba untuk berfikiran terbuka tetapi tetap dibelenggu oleh perasaan syak kerana wajah mereka ini masih terlalu 'mentah'. Apa lagi... pemikir mohon untuk melihat kada pengenalan. 

7. Nak tahu apa tindakannya... Terus beredar dengan meninggalkan bebarapa kata kata kurang enak terhadap saya. Siap pandang dengan wajah marah dari jauh. hehehe

8. Apa pun. Kebanyakan kes sebegini adalah dilakukan oleh sendiket yang menggunakan nama Islam sebagai topeng. Sekolah tahfis yang disebutkan ketika beroperasi di selatan pastinya jauh di Utara. Begitu lah juga sebaliknya. Namun saya tidak menafikan ada diantaranya benar. Malah TV3 pernah mendedahkan semua pelajar di sebuah sekolah di utara dipaksa memungut derma sedangkan guru mereka kelihatannya hidup mewah sebagai pengajar di sekolah tersebut.



                        
9. Tindakan dan peranan semua adalah perlu dalam mengekang perkara sebegini dari terus memberikan imej buruk terhadap Islam. Selain mengelakkan kanak kanak yang sepatutnya menggunakan masanya untuk menuntut ilmu terbuag begitu sahaja.

10. Harap maklum




3 comments:

  1. ni la jadiknya apabila budak2 digunakan oleh para agamawan yang tak bertanggungjawab mcm kat sini. btw done follow done teruskan berfikir

    ReplyDelete
  2. Pernah berlaku di depan mata... geng2 lebai memandu MPV, menghantar budak2 bersama banner di depan Maybank Alor Setar utk mengutip derma .... selesai hantar, di bawa budak2 lain ke kawasan lain tuk minta derma.... Lebai2 berlalu dgn wajah terkejut dan tidak puas hati apabila perbuatan mereka terus diperhatikan.... lebih baiklah derma itu kita terus ke tabung2 masjid yang tidak kita ragui ke mana akhirnya pergi wang yang diderma...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul Tuan. Mereka yang menghantarnya nampak terlalu mewah. Bukan masa menghantar... biasa juga masa menghantar tu naik van buruk. cuba lihat dan perati atau kalau ada masa ikut... tahulah nanti

      Delete

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks