Friday, April 27, 2012

Wrong is WRONG Even Every One Is DOING It


 "Wrong is wrong even if everyone is doing it. Right is right even if only you are doing it..."

1. Seringkali diperkatakan akan hal ini. Ramai yang semakin keliru dengan apa yang berlau di sekeliling mereka. Kesedaran akan kesalahan serta kesilapan sering dikaburi dengan tindakan majoriti masyarakat melakukanya menjadikannya kelihatan benar dan betul.

2. Contoh mudah adalah merokok. Fatwa Islam jelas telah menjatuhkan fatwa haram terhadap rokok namun kerana majoriti masyarakat termasuk kebanyakan golongan atau orang masjid adalah merokok fatwa tersebut dipandang sepi oleh mesyarakat dan ummat.

3. Begitu juga dengan banyak hal hal lain. Saya masih ingat di saat zaman kanak kanak. Orang kampung sering memohon hajat di kubur yang dikatakan keramat. Apapun, Hal ini masih berlaku pada hari ini seperti memohon dan meminta hajat di kubur para ulamak dan wali.

4. Walhal perkara ini tidak pernah dilakukan oleh para sahabat terhadap kubur nabi. Apakah ulamak itu lebih tinggi darjatnya dari Nabi atau persoalan yang lebih tepat ialah apakah amalan kita sekarang adalah lebih baik berbanding para sahabat kerana kebanyakan telah menganggapnya lumrah.

5. Fikir fikirkanlah...

1 comment:

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks