Wednesday, April 25, 2012

Ruwaim : TINGGALKAN Olehmu Akan KELUH KESAH


"Tinggalkan olehmu akan keluh kesah, kerana orang yang sabar tidak berkeluh kesah..." Ruwaim

1. Umat Islam tidak disuruh untuk berkeluh kesah, gundah gulana, bimbang pada perkara yang belum tiba dan sebaginya. Sebab itulah kita diwajipkan mempercayai dan meyakini Qadak dan Qadar.

2. Membaca buku La' Tahzan karangan terkenal  Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni sangatlah membantu  dalam hal ini. Saya bukanlah seorang yang boleh membaca dan memahami bahasa Arab. Tetapi buku ini telah banyak diterjemahkan kedalam bahasa melayu dengan tajuk "Jangan Bersedih". Malah buku ini telah mendapat tempat dihati pembaca dan meletakkanya antara buku terlaris di Malaysia.


3. Dalam buku ini banyak langkah yang diterangkan oleh beliau yang merujuk kepada sebab sebab kegundahan. Antaranya ialah terlalu memikir hal dunia, kurangnya iman dan keyakinan. Teralu memikir akan hal hal remeh dan yang paling saya tertarik adalah... Ramai yang menjangkakan sesuatu yang buruk akan berlaku dan melayan rasa kebimbangan dan kepayahan yang DIJANGKA dan setelah tiba masanya perkara tersebut pada hakikatnya tidak berlaku.

4. Saya amat mencadangkan agar anda dapat turut embaca buku ini...

2 comments:

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks