Tuesday, May 1, 2012

Motivasi - Fokus Suara Pemikir

Oleh Pemikir
1. Telah agak lama Pemikir tidak menulis di laman ini. Setelah menulis hal berkaitan 'apa saja' dan tentunya tiada fokus bagi ruangan ini. Agak lama untuk Pemikir untuk menetapkan apakah yang perlu dituliskan di ruangan ini agar ruangan ini tidak kelihatan bercelaru dan kehilangan fokus.

2. Akhirnya, setelah menulis tentang isu semasa. Kemudian menulis pula hal berkaitan politik dalam masa yang sama turut menulis perkara harian jelas menunjukkan tiada ketetapan khusus untuk Pemikir 'mencipta' tema di ruangan ini.


3. Kamudiannya Pemikir meletakkan kata kata hikmah dan pernyataan popular di ruang ini makanya... Rentetan dari itu... Pemikir telah MENETAPKAN hala tuju yang jauh dengan lebih fokus iaitu kepada perkara perkara yang lebih memberikan faedah, 'motivasi' serta Seruan Perpaduan kepada pembaca sekalian.

4. Pemikir akan kembali berkarya dan akan menerbitkan artikel yang merujuk kepada perkara perkara yang melibatkan pemikiran kritis terhadap sesuatu isu dan perkara. Tentunya apa yang akan diperbincangkan akan lebih kepada sudut ILMU yang menjadi bekalan harian. Peringatan atau kata kata daripada para pemimpin agung dunia menjadi bahan utama dalam ulasan yang akan diberikan.

5. InsyaAllah... Memotivasi diri dan sesiapa yang memerlukan serta seruan kearah perpaduan akan menjadi matlamat jelas Pemikir di ruangan ini. Semoga memberikan faedah kepada diri Pemikir dan pembaca semua...

6. Harap Maklum...

1 comment:

  1. Saya akan tunggu tulisan anda seperti biasa.

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks