Monday, April 16, 2012

Don't Judge Me By...

"Don't Judge Me By My Past. I Don't Live There Any More..."

1. Menilai seseorang atas kesilapan lampau adalah amat tidak adil seandainya seseorang itu telah berubah dan bertaubat.

2. Pepatah selalu mengatakan, "sedangkan lidah lagi tergigit". Perbezaan antara semua hanyalah kecil besar kesilapan yang dilakukan. Namun, itu bukanlah alasan untuk kita menghukum seseorang yang pernah melakukan kesalahan buat selamanya.

3. Merujuk pada hal inilah ramai banduan yang kembali terjebak kerana tetap dianggap bersalah walaupun telah menjalani hukuman dan telah sedar akan kesilapan serta bertaubat. Peranan masyarakat terhadap sesiapa sahaja amat bermakna dalam hal sebagini agar kita bukanlah menjadi penyebab insan bertaubat terjebak kelembah hina buat kali seterusnya.

4. Maka ingatlah, tatkala itu tanpa sedar kita sebenarnya menyumbang kearah kesilapan walaupun diri kita bukan pelakunya. Tidak mustahil kita juga mempunyai 'share' dalam dosa yang dilakukan...

3 comments:

  1. Peronally i like this very much.

    ReplyDelete
  2. yep.. manusia perlu diberi peluang kedua.. ketiga dan keemapt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah sebaiknya Tuan. Pada mereka yang diberi peluang itu pula haruslah menggunakan ia sebaiknya..

      Delete

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks